Gaji penjawat awam lelaki dipotong caruman SKSSR  - Utusan Malaysia

Gaji penjawat awam lelaki dipotong caruman SKSSR 

V. Sivakumar (dua dari kanan) mengadakan sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan SKSSR, di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN.KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gaji penjawat awam lelaki dicadang akan dipotong untuk caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi pihak isteri mereka.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kementeriannya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa negeri untuk melaksanakan potongan gaji terhadap penjawat awam lelaki tersebut.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, setakat ini, masih tiada negeri yang melaksanakan potongan gaji tersebut, namun Terengganu adalah antara negeri yang telah menunjukkan maklum balas positif untuk melaksanakan cadangan itu.

“Sebenarnya di pihak penjawat awam Persekutuan, kita telah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

“Namun, bagi penjawat awam negeri ia terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing, cuma kementerian ada berbincang kerana manfaatnya besar untuk suri rumah dan penjawat awam (suami) itu sendiri.

“Kerjasama dengan negeri-negeri ini juga adalah sebahagian inisiatif kementerian untuk mencapai sasaran 500,000 suri rumah berdaftar dengan skim tersebut menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan SKSSR, di sini, hari ini.

Sejak dilancarkan pada 1 Disember 2022 hingga 2 Julai lalu, seramai 178,710 orang suri rumah di seluruh negara telah dilindungi SKSSR. 

Di Terengganu pula, seramai 13,085 suri rumah telah mencarum dengan SKSSR, menjadikan Terengganu sebagai negeri ketiga pencarum  tertinggi selepas Sabah dan Sarawak.  

Mengulas lanjut, beliau berkata ahli politik, pemimpin masyarakat dan syarikat-syarikat korporat juga perlu mengambil bahagian untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai manfaat yang bakal diperolehi melalui SKSSR.

SKSSR memberi perlindungan kepada suri rumah menerusi faedah hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan mayat.

Semua suri rumah berusia bawah 55 tahun dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa, serta berkahwin atau bujang, layak untuk menyertai skim itu, dengan caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan, yang dibayar secara lebih awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya