PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat membuktikan dengan tepat berhubung dakwaan kononnya terdapat jutaan pelancong China yang tidak pulang ke tanah asal. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu bukan perkara baharu, sebaliknya ia rancak dibongkarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya 2018 yang lalu. Beliau berkata, jika betul dakwaan itu, individu paling tepat untuk mengesahkannya adalah Dr. Mahathir sebagai individu yang membangkitkan…










