Defisit belanjawan berterusan beri kesan kepada negara

Defisit belanjawan berterusan beri kesan kepada negara

ANWAR Ibrahim (tengah) melakukan gimik perasmian Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (empat kiri) dan barisan menteri-menteri. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Defisit belanjawan berterusan sejak 1998 dengan angka hutang dijangka mencecah lebih 60 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan memberi kesan yang parah kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara terbeban dengan hutang yang membengkak dan 16 peratus hasil negara diperuntukkan hanya untuk melunaskan hutang.

Tambah beliau, gejala itu dikhuatiri akan mengekang keupayaan negara dalam menumpu kepada pembangunan yang akan menjamin keselesaan rakyat termasuk pelaburan awam serta penjanaan kebolehupayaan ekonomi.

“Pendapatan Garis Kemiskinan disemak semula pada 2019, dan berikutan pandemik Covid-19, tahap kemiskinan melonjak ke dua angka.

“Dimusykilkan adalah kerana gejala ini telah menyebabkan kesenjangan melebar dan muncul golongan mahakaya ketimbang jumlah kemiskinan yang bertambah dengan simpanan yang kian mengecil.

“Laporan Survei Gaji dan Upah 2021 yang mendedahkan kemelut akibat gaji yang rendah, khususnya menyangkut golongan muda berumur 24 tahun ke bawah. Gaji bagi separuh pekerja Malaysia kurang daripada RM2,250 sebulan. Belia khususnya graduan berhak meraih pendapatan bermakna,” katanya dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini, semalam.

Jelas Anwar, keadaan itu tentunya mengkhawatirkan dan negara yang bertanggungjawab perlu merangka program bagi mengatasinya.

“Hakikatnya apa yang diuar-uarkan daripada cita-cita Wawasan 2020 dan janji-janji muluk sebelumnya tidak tercapai.

“Setelah mengambilkira keretakan struktur ekonomi yang ditambah dengan kelemahan tata kelola dan keterlanjuran elit pemerintah, ia menuntut kita melakukan perubahan atau anjakan yang bermakna,” katanya.

Justeru itu jelas Anwar, Malaysia memerlukan sebuah wadah ekonomi yang tuntas dan segar dan sebuah kerangka ekonomi yang baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×