Bomba selamatkan kanak-kanak baring atas ular tedung - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan kanak-kanak baring atas ular tedung

RAKAMAN video kanak-kanak yang baring di atas seekor ular tedung yang tular dalam media sosial. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ‘baring’ di atas seekor ular tedung, kejadian yang tular dalam media sosial menerusi satu rakaman video.

Menerusi rakaman video berdurasi 19 saat tersebut, kanak-kanak itu sedang baring dengan bahagian ekor ular berwarna hitam itu dipijak kanak-kanak itu.

Kejadian berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak itu di Taman Serai Perdana, di sini kelmarin.

Pengasuh kanak-kanak itu membuat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kepada pihak bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan menangkap ular pada pukul 11.28 pagi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian didapati kanak-kanak itu sedang berbaring dan menindih ular tedung yang panjangnya 0.4 meter.

“Anggota bertindak menangkap ular manakala seorang lagi anggota mengangkat kanak-kanak itu.

“Pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan pada kanak-kanak itu dan diserahkan semula kepada pengasuh.

“Reptilia itu kemudiannya dilepas ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN