BN, PH mampu menang majoriti mudah di Kedah - Utusan Malaysia

BN, PH mampu menang majoriti mudah di Kedah

MAHFUZ Omar (kiri) melihat salah satu sarang madu kelulut di Galeri Madu Kelulut Bukit di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Kedah percaya mampu memperoleh kemenangan majoriti mudah pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar  berkata, kemenangan tersebut berasaskan formula 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tangan dan kini hanya memerlukan tiga kerusi lagi.

Katanya, keyakinan tersebut berasaskan kepada data dan statistik, bukan omong kosong.

“Apabila kita kata 16 kerusi (DUN) dalam tangan, Menteri Besar (Muhammad Sanusi) sebut PH dan BN sekadar berangan, sedangkan kita buat simulasi angkat dan bersikap realistik.

“Kita hanya perlukan tiga kerusi lagi untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri pimpinan PH dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Galeri Madu Kelulut Bukit di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Mahfuz berkata, proses agihan kerusi gabungan PH dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri serta calon hampir selesai dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Kita akan umum jumlah kerusi dan calon gagasan perpaduan PH dan BN serentak dalam seminggu ini. 

“Di Terengganu juga insya-Allah ada ruang untuk Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya