'Biar mereka maki hamun, jentera BN kekal berakhlak'

‘Biar mereka maki hamun, jentera BN kekal berakhlak’

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) yang bertugas sempena enam pilihan raya negeri (PRN) diminta mengelak daripada melakukan sebarang bentuk provokasi kepada pihak lawan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seluruh jentera BN dinasihati tidak terikut-ikut dengan kaedah provokasi yang digunakan oleh pihak lawan.

“Arahan Ibu Pejabat UMNO-BN telahdibuat supaya perarakan jentera mengiringi calon, jangan ada sebarang bentuk provokasi, laungan yang memaki-hamun ataupun memperlekehkan parti lawan.

Biarlah mereka sahaja yang menggunakan kaedah maki hamun tetapi jentera BN mesti kekal berakhlak dan utamakan berselawat agar perjuangan diberkatinya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, misi menawan enam negeri bermula hari ini apabila 245 kerusi menjadi rebutan calon-calon parti politik yang bertanding pada PRN 12 Ogos ini.

Dianggarkan kira-kira 500 calon melibatkan Pakatan Harapan (PH), BN, Perikatan Nasional (PN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas menghantar borang pencalonan masing-masing hari ini.

Ini meliputi 56 kerusi Selangor diikuti 45 kerusi Kelantan, Kedah dengan 36 kerusi, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36) dan Terengganu (32). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya