Beri perhatian kawal harga barang terlebih dahulu - MB Perlis - Utusan Malaysia

Beri perhatian kawal harga barang terlebih dahulu – MB Perlis

MOHD. Shukri Ramli (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Padang Besar, Perlis hari ini.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi lebih tumpuan kepada kos sara hidup yang semakin mendesak kehidupan rakyat di negara ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, sejak kebelakangan ini, harga barangan semakin meningkat dan difahamkan akan terus naik selepas ini yang secara tidak langsung memberi kesan besar kepada rakyat.

Katanya, isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup itu adalah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian ketika ini.

“Bagi saya buat masa ini, hendak Pilihan Raya Negeri (PRN), dia tidak perlu ceritalah pasal ekonomi Madani dan sebagainya. Sebaliknya fokus kepada mengawal harga barang ini terlebih dahulu sebelum perkara lain.

“Itu yang paling penting dan perlu diberi perhatian. Jangan sekadar bergantung kepada jualan Rahmah sahaja tapi semua sekali harga barangan ini perlu dikawal.

“Rakyat memerlukan barangan keperluan asas ini dan keadaan sekarang rakyat sangat perlukan perhatian kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan ekonomi Madani yang merupakan kerangka hala tuju ekonomi baharu Malaysia dengan menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.

Anwar dilaporkan berkata, sasaran pertama Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan kedua, Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.

Kata Anwar, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus

“Kelima Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia. Keenam Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah,” kata Anwar dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya