Beri peluang Kerajaan Perpaduan tadbir Kelantan - Ahmad Zahid

Beri peluang Kerajaan Perpaduan tadbir Kelantan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) berharap rakyat Kelantan dapat memberi mandat selama lima tahun kepada Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir dan membangunkan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas 33 tahun Pas mentadbir negeri ini rakyat masih dibelenggu dengan masalah air dan kurang pembangunan di negeri ini.

“Berilah peluang kepada kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan perubahan di negeri ini kerana kasihan kepada rakyat.

“Cuba beri satu penggal iaitu lima tahun sahaja, kalau kami buat perkara sama atau tidak betul, boleh tukar balik (kerajaan), tetapi kali ini cuba beri dukungan kepada kami. Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Program Silaturahim bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Kesedar di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu turut mahu golongan ibu bapa memberitahu anak-anak mereka di perantauan untuk mengubah pentadbiran Kelantan.

“Kita tak sempurna, tak maksum. Insya-Allah Kita baiki bersama-sama, demi masyarakat Kelantan, kita mahu Kerajaan Putrajaya terus membantu Kelantan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN