Bayaran biar setimpal - Isyariana - Utusan Malaysia

Bayaran biar setimpal – Isyariana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Isyariana, 32, mengakui sanggup menerima bayaran rendah demi watak yang diidamkannya.

Kata Pemilik nama sebenar Isyariana Che Azmi ini, soal bayaran jatuh nombor dua bagi sebuah karakter yang diinginkan.

“Kalau watak itu menarik dan mencabar, saya akan ambil walaupun bayarannya rendah.

“Tapi, bagi watak yang berat pula, bayaran biar setimpal sebab saya akan beri seluruh jiwa dan raga dalam kerja saya.

“Apa sahaja tawaran (lakonan), soal bayaran kena dibincangkan. Tidaklah saya terus tolak sekiranya bayaran diberikan tak masuk akal,” katanya ketika mempromosikan filem terbarunya, Mat Tudung Begins di Hotel Lyf, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, pelakon berasal dari Temerloh, Pahang ini percaya rezeki dalam bidang lakonan sentiasa ada untuknya.

Justeru, baginya tiada istilah kecewa sekiranya berdepan penolakan atau tidak menjadi pilihan bagi mana-mana projek drama mahupun filem.

“Kena hadap perkara itu. Dulu, memang sedih kalau diri kena reject.

“Tapi, bila faham bahawa rezeki ditentukan, saya reda dan terima. Hati pun tenang.

“Saya anggap bukan rezeki, Tuhan nak bagi cuti,” katanya berseloroh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN