Baby Shima hanya gurau, mustahil bertanding PRN

Baby Shima hanya gurau, mustahil bertanding PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Dangdut, Baby Shima tampil menjelaskan hantaran video yang dimuat naik dalam media sosial mengenai dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah gurauan semata-mata.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata, tujuan dirinya membuat perkongsian tersebut adalah demi menggalakkan orang ramai turun mengundi.

“Shima gurau sahaja. Tak akan semua perkara hendak serius. Shima juga tahu memang tak akan bertanding.

“Jadi, kalian perlu turun mengundi nanti dan pilih calon yang terbaik. Jangan sampai Shima jadi calon,” katanya menerusi kiriman WhatsApp di sini, hari ini.

Terdahulu, Baby Shima memberi bayangan akan bertanding dalam PRN selepas membuat pengakuan secara terbuka dalam Instagram.

Malah, dia turut memuat naik video bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan nada berseloroh yang mahu dirinya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Kelantan.

PRN di enam negeri diadakan serentak 12 Ogos depan sebagai hari pengundian, manakala, 29 Julai ini adalah hari penamaan calon seperti diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pembabitan artis atau golongan selebriti dalam gelanggang politik bukan sesuatu yang asing kerana ramai yang pernah mencuba nasib seperti Azwan Ali, Aishah, Herman Tino, Datuk Eizlan Yusof dan Lando Zawawi.

PRN kali ini menyaksikan penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman diumumkan bertanding bagi kerusi DUN Lembah Jaya di Selangor atas tiket PKR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN