ARAU: Tan Sri Annuar Musa yang menyertai Pas berkemungkinan tersenarai sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan. Bagaimanapun, terserah kepada perhubungan Pas negeri itu sama ada menyenaraikan bekas pemimpin kanan UMNO itu atau sebaliknya untuk proses tapisan Majlis Syura Ulama dijadual pada Jumaat ini. Selain itu, jika bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ingin menyertai Pas, parti itu juga tidak mempunyai masalah…










