Aina Abdul naik lori kaca, pakai blazer gergasi - Utusan Malaysia

Aina Abdul naik lori kaca, pakai blazer gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul, 30, mencuri tumpuan apabila tiba di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-35 menaiki lori kaca.

Bukan itu sahaja, busana yang dikenakan juga tampill memukau dengan jaket gergasi berwarna merah sebelum digantikan dengan sebuah busana ala-ala mawar merah.

“Konsep busana saya pada malam ini adalah Oversize Blazer. Bagi saya, lebih baik Go Big or Go Home.

“Saya hari ini hanya mahu suka-suka dan mengharapkan yang terbaik untuk semua yang bertanding.

“Konsep bunga mawar pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Baju rekaan Behati itu juga mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Manakala, Aina mengambil masa tiga jam untuk bersiap buat majlis malam ini.

Aina tercalon untuk kategori Penyanyi Wanita Popular bersama Ernie Zakri, Siti Nordiana, Nabila Razali dan Wany Hasrita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN