Ahli Bersatu buat sumbangan sendiri hadapi PRN

Ahli Bersatu buat sumbangan sendiri hadapi PRN

bersatu
RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui terpaksa menyalurkan sumbangan dalam kalangan ahli parti secara individu untuk meneruskan gerak kerja menuju pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, partinya berdepan kekangan berkempen kerana masalah kewangan, bagaimanapun, ia masih dianggap bukan masalah besar mendepani pilihan raya di enam negeri nanti.

“Sekarang ini, ahli-ahli Bersatu memberi sumbangan sendiri kepada calon-calon parti dan telah membuat keputusan baru-baru ini yang calon akan berusaha dengan cara sendiri kerana akaun bank kami masih dibekukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akaun Bersatu disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap wang RM92.5 bilion yang didakwa daripada hasil aktiviti haram. \

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu telah menetapkan 7 September ini untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Bersatu bagi mencabar penyitaan dua akaun bank oleh SPRM.

Razali berkata, Bersatu sudah mengalami peristiwa seperti itu pada pilihan raya umum lalu lagi.

“Dalam politik ini wang bukanlah nombor satu, tetapi perjuangan itu yang utama. Lagi ditekan, lagi bersemangat untuk berkhidmat,” katanya.

Mengulas lanjut, Razali berkata, Bersatu ketika ini dibantu oleh Pas dari segi pemerkasaan jentera dan kempen-kempen pilihan raya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN