Abang laung azan di Jeram Mawar ikhtiar cari adik - Utusan Malaysia

Abang laung azan di Jeram Mawar ikhtiar cari adik

SHAHRIZAL Sariman (kanan) melaungkan azan sebagai ikhtiar mencari adiknya, Muhammad Fikri Saliman dan Putri Nor Fatin Karim di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: “Pulanglah Fikri, abang dan keluarga tunggu Fikri balik.”

Itu luahan Shahrizal Saliman, 40, selepas melaungkan azan dan membaca doa di lokasi kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini, petang ini.

Laungan azam itu merupakan antara ikhtiar dilakukan untuk mencari adiknya, Muhammad Fikri, 24, dan seorang lagi mangsa, Putri Nor Fatin Karim, 14, yang masih belum ditemukan dalam tragedi tersebut, Ahad lalu.

Shahrizal turut dilihat mengalirkan air mata ketika beberapa kali melaungkan azan di lokasi kejadian itu.

Menurutnya, walaupun mustahil dan harapan semakin tipis menemukan mangsa, namun dia masih yakin adik bongsu dan seorang lagi mangsa akan ditemukan dalam tempoh terdekat.

“Pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk solat hajat dan saya serta keluarga sentiasa berdoa adik saya ditemukan.

“Mungkin adik saya ‘mendengar’ laungan azan ini dan Insya-Allah dia akan ditemukan walaupun apa jua keadaannya,” katanya ketika ditemui di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang pada Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air berikutan hujan lebat sebelum kejadian.

Setakat pukul 6 petang hari ini, lapan mangsa telah ditemukan sejak Ahad lalu.

Lapan mangsa yang ditemukan ialah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Sementara itu, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya