100 pemain sertai Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia 37 

100 pemain golf dari tujuh negara berentap pada Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-37 

TUNKU Puteri Datuk Seri Jawahir Tuanku Ja'afar (tujuh dari kiri); Manibalan Kutty (tujuh dari kanan) dan Pengerusi Kejohanan, Datuk Yasmin Yusuff (enam dari kanan) bergambar bersama trofi-trofi dan para pemain Malga pada sidang akhbar Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-37 di TPCC, Rawang, Selangor, baru-baru ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 100 pemain golf wanita Asia dijangka berentap di Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-37 yang akan berlangsung di Templer Park Country Club (TPCC) selama tiga hari bermula 25 Julai depan.

Pengerusi Penganjur Kejohanan, Tunku Puteri Datuk Seri Jawahir Tuanku Ja’afar berkata, kejohanan tersebut akan disertai oleh pemain golf teratas dunia dari Taiwan, Hong Kong, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Tunku Puteri Jawahir yang juga Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malga) berkata, sehingga kini terdapat 88 peserta sudah mengesahkan penyertaan namun pihaknya mensasarkan kejohanan diserta 100 pemain menjelang hari pembukaannya.

“Kejohanan tahunan amatur wanita kebangsaan yang dijanjurkan Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malga) ini telah diberi ranking C dan merupakan ranking tertinggi bagi R&A World Amateur Golf Ranking (WAGR) untuk acara golf wanita.

“Peserta akan merebut empat trofi berprestij iaitu Trofi Tunku Ampuan Negeri Sembilan (juara terbuka), Trofi Tunku Tun Maimuinah, Trofi Maria Musa dan Trofi Mary Williams (acara berpasukan),” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kejohanan itu di Templer Park Country Club, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, antara peserta daripada Malaysia yang sudah mengesahkan penyertaan adalah pemegang pingat emas Sukan Sea, Ng Jing Xuen dan pemenang pingat gangsa Sukan Sea, Foong Zi Yu.

“Selain itu, ia juga akan disertai oleh Mirabel Ting iaitu pemain berkedudukan kedua tertinggi Malaysia dalam R&A World Amateur Golf Ranking serta Liyana Durisic iaitu bekas juara Terbuka Remaja dengan ranking ketiga tertinggi di negara,” katanya.

Tunku Puteri Jawahir berkata, pihaknya optimis bahawa piala kejohanan akan dijulang oleh pemain daripada negara selepas kali terakhir menjuarainya adalah pada tahun 2016 menerusi Nur Durriyah Damian.

Pada kejohanan itu, empat trofi bakal menjadi rebutan pemain iaitu Trofi Tunku Ampuan Negeri Sembilan (Juara Terbuka), Trofi Tunku Tun Maimunah (Amatur Pertengahan), Trofi Maria Musa (Divisyen Senior) dan Trofi Mary Williams (Acara Berpasukan).

Sementara itu, Pengarah Urusan TPCC, Datuk Manibalan Kutty berkata, pihaknya sudah bersedia dari segi fasiliti kelab bagi memberi keselesaan kepada semua pemain.

Katanya, begitu juga dengan padang golf yang mana pihak TPCC akan memastikan keadaan padang berada pada kondisi yang terbaik dengan permukaan green dilajukan pada 10.5 stimpmeter sepanjang kejohanan berlangsung.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tengku Puteri dan Ahli Jawatankuasa Penganjur Kejohanan kerana memilih TPCC sebagai lokasi kejohanan kali ini.

“Pihak TPCC juga berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk menjadi penaja utama kejohanan dan pihak kelab menyediakan hadiah Keahlian TPCC selama setahun bagi pemain yang berjaya melakukan pukulan selubang (Hole In One),” ujarnya.

Turut serta sebagai penaja kejohanan bagi hadiah Hole In One ialah Red Wheels-Tesla, MST dan AirAsia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya