Warga emas Orang Asli diusung naik helikopter ke hospital

Warga emas Orang Asli diusung naik helikopter ke hospital

TARAN Alig diusung untuk menaiki helikopter Unit Udara JBPM ke Hospital Gua Musang, Kelantan, untuk rawatan lanjut semalam. - IHSAN UNIT UDARA JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau di sini, dibawa menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut, semalam.

Pesakit, Taran Alig, 70, yang mempunyai penyakit lelah, demam dan batuk didapati sakit terlantar sejak dua hari lalu apabila tidak dapat berjalan serta duduk.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata, warga emas wanita itu diiringi anaknya, Ruzita Alang, 43, menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 (AW139)

Katanya, pesakit terpaksa diusung menggunakan pengusung untuk dibawa menaiki helikopter.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang pada pukul 10.25 pagi dan sampai di Kampung Tapai, Pos Hau, pukul 11.50 pagi.

“Selepas mengambil pesakit, pesawat berlepas dari Pos Hau pada pukul 12.03 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pukul 12.19 tengah hari. Pesakit dibawa ke hospital menggunakan ambulans yang sudah sedia menanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Akmaluddin, operasi membabitkan lima kru itu diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II Sharizal Sahari dibantu pembantu juruterbang, Penguasa Kanan Bomba II Robert James dan tiga lagi anggota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya