Wanita selamat kereta ditenggelami air cecah bumbung - Utusan Malaysia

Wanita selamat kereta ditenggelami air cecah bumbung

Kereta banjir
KEADAAN kereta mangsa yang terperangkap dalam banjir di Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang wanita menempuh detik cemas apabila terperangkap dalam kereta Perodua Aruz dipandunya yang ditenggelami banjir di Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi menimpa mangsa berusia 57 tahun itu bagaimanapun disedari orang awam yang segera menyelamatkannya.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.44 pagi.

Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikerah dalam operasi menyelamat itu.

“Pemeriksaan mendapati sebuah kereta terperangkap dalam limpahan air sehingga mencecah bumbung di jalan berkenaan sedalam kira-kira 1.3 meter. 

“Pemandu wanita itu bagaimanapun berjaya keluar dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan banjir itu turut surut.

Terdahulu, di sekitar daerah ini dan Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan yang mengakibatkan jalan-jalan utama seperti di Lebuhraya Setia Alam, Lebuhraya Persekutuan, Meru dan Bukit Raja. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.