UMNO hantar mesej protes, desak DAP tidak calonkan Tony Pua

‘Pakatan korup’: UMNO hantar mesej protes, desak DAP tidak calonkan Tony Pua

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menghantar mesej protes kepada kepemimpinan tertinggi DAP selepas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu itu juga mendesak kepemimpinan DAP untuk tidak sesekali meletakkan bekas Ahli Parlimen Damansara itu sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang. 

Beliau berkata, langkah itu perlu diambil sekiranya mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dibentuk ketika ini berkekalan.

“Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi kerajaan gabungan besar BN, PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan yang di dalamnya terdiri daripada 19 parti politik. 

“Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Malam tadi, Tony Pua sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini dilapor menggelarkan BN sebagai ‘pakatan korup’, dengan label sama turut diberikan kepada Parti Bersatu selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu. 

Sehubungan itu, Tony Pua berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri selepas ini tanpa penglibatan UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang. 

TONY PUA

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan DAP, tetapi ucapan beliau bagaikan ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’. 

“Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa tindak-tanduknya ketika di Kementerian Kewangan dalam Kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara. 

“Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya