Tun M: PDRM lengkap siasatan isu ‘hina raja’

Tun M: PDRM lengkap siasatan isu ‘hina raja’, Abdul Hadi, Ramasamy akan dipanggil

DR. MAHATHIR MOHAMAD, ABDUL HADI AWANG dan P. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil dua pemimpin politik bagi berhubung siasatan Tun Dr. Mahathir Mohamed berkaitan Proklamasi Orang Melayu.

Setiausaha Polis Diraja Malayisa (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya akan memanggil Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy bagi membantu siasatan. 

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN

“Isu Proklamasi Orang Melayu masih di peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Abdul Hadi dan Ramasamy,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Semalam, Noorsiah mengesahkan pihaknya merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu bagi membantu siasatan berhubung kes menghina institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu. 

Dr. Mahathir diambil keterangan di Yayasan Al-Bukhary pada 10.30 pagi, semalam.

Mei lalu, media melaporkan Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mendakwa, Proklamasi Orang Melayu l dicetuskan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan itu, beliau menyifatkan proklamasi itu hanya propaganda politik untuk meraih sokongan orang Melayu, bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan tiada kaitan dengan usaha memartabatkan orang Melayu.

Katanya, proklamasi 12 perkara itu bertujuan menyelamatkan orang Melayu itu amat ironi kerana ia dicetuskan dan disokong pemimpin yang telah mengecewakan orang Melayu sebelum ini.

Ini susulan tular gambar menunjukkan pertemuan antara Mahathir dan Abdul Hadi yang dipercayai berlaku di kediaman bekas Perdana Menteri itu, yang turut disertai beberapa pemimpin Pas dan sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Dalam perkembangan sama, Noorsiah berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan Dr. Mahathir berhubung dakwaan menghina institusi diraja. 

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara pada Selasa ini selari dengan peruntukan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya