Tony Pua ada ‘masalah otak’ - Mahdzir

Tony Pua ada ‘masalah otak’ – Mahdzir

MAHDZIR Khalid menunjukkan manifesto BN Kedah yang sedang dibincangkan menjelang kedatangan PRN pada sidang akhbar di Bangunan Tunku, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’ mungkin disebabkan dirinya berdepan masalah otak. 

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau sememangnya wujud dalam setiap organisasi. 

“Dalam mana-mana parti politik pun ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Orang jenis ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia saja yang terbaik.  Golongan ini perangai mereka tak boleh diubah dan tak beri kebaikan sama ada kepada parti sendiri mahu pun rakan kongsi. Mereka akan sentiasa kondem dan saya fikir otaknya mungkin ada masalah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Kedah di sini, hari ini. 

Pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP malam tadi, Tony Pua dilaporkan berkata, BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘pakatan korup’ dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

Beliau juga menyuarakan harapan supaya PH dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sementara itu Mahdzir berkata, pengalamannya berunding bersama PH Kedah tidak menemukan mana-mana individu mahupun kumpulan ‘sakit otak’ seperti itu selama ini. 

Menurutnya, tidak wujud kumpulan ekstrem melibatkan PH dan BN di Kedah walaupun masing-masing ada kalanya tegas mempertahan pandangan serta tindakan yang perlu diambil.

“Kadangkala apabila berbincang, adalah tinggi suara sikit tetapi pada akhirnya setelah dijelaskan sebab sesuatu tindakan diambil, semua bersetuju. Macam itulah baru budiman.  Saya fikir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pun tolak orang macam ini (Tony Pua) dan DAP pun tak boleh nak kawal disebabkan kumpulan ekstremis dalam parti seperti ini susah nak berkawan dengan orang lain. 

“Golongan sebegini mungkin ada dalam BN serta Perikatan Nasional (PN) dan disebabkan itu, tak perlulah dilayan kerana Tony Pua pun tak ada jawatan dalam DAP walaupun namanya masih ada dalam parti itu,” katanya. 

Sementara itu Mahdzir memaklumkan, BN bakal membentangkan manifesto yang praktikal sebagai tawaran kepada rakyat Kedah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. 

“Malah manifesto itu mahu dipastikan dapat diurus dalam kadar segera. Ia tidaklah tebal sampai jadi satu buku seolah-olah Rancangan Malaysia tetapi merangkumi semua golongan termasuk orang muda dan wanita serta merangkumi pelbagai sektor seperti keagamaan serta ekonomi,” katanya.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya