Tindakan Jocelyn biadab, kurang ajar - Anthony Loke - Utusan Malaysia

Tindakan Jocelyn biadab, kurang ajar – Anthony Loke

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan pelawak, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia dan mempersenda tragedi MH370 disifatkan sebagai perbuatan biadab serta kurang ajar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, seseorang individu termasuk pelawak tidak sewajarnya menjadikan mangsa tragedi itu sebagai bahan jenaka dalam pentas komedinya. 

“Kenyataan dikeluarkan Jocelyn dianggap tidak boleh diterima sama sekali dan tiada sikap perikemanusiaan. Saya mahu katakan bahawa apa dinyatakan pelawak itu adalah kenyataan biadab, kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan. 

“Tiada manusia akan membuat sebegitu apatah lagi tragedi MH370 melibatkan kehilangan lebih 200 nyawa,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah di sini, hari ini.

Terdahulu, Jocelyn yang dipercayai lahir di Singapura bertindak keterlaluan apabila memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Selain membuat kenyataan menghina, wanita itu menyentuh berkaitan kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan lucu kerana tidak pernah mendarat. 

Jelas Siew Fook, beliau sudah menghubungi rakan sejawatnya dari Singapura yang turut terkejut dengan kenyataan pelawak berkenaan.

“Langkah segera perlu dilakukan republik itu bagi memastikan isu berkenaan tidak dipolemikkan mana-mana pihak yang boleh menjejaskan hubungan dua hala.

“Ini perkara yang amat serius dan boleh menjadi masalah isu dua negara. Apa yang dinyatakan itu tidak boleh diterima sama sekali,” ujarnya.

Tambah beliau, pentas komedi turut mempunyai keterbatasan dan tidak boleh  menggunakan tragedi untuk dijadikan sebagai bahan jenaka.

Sehubungan itu, Siew Fook mengharapkan insiden berkenaan menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk pelawak di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya