Tiket konsert Ella di Singapura habis terjual - Utusan Malaysia

Tiket konsert Ella di Singapura habis terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun masih berbaki dua bulan sebelum konsert berlangsung di Singapura, ratu rock negara, Ella, 56, mengumumkan tiket tersebut sudah habis dijual.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin memaklumkan perkembangan itu menerusi Instagram rasmi dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminatnya.

“Habis dijual (sold out). Terima kasih kepada semua.

“Jaga diri, kita jumpa pada malam 18 Ogos nanti,” tulisnya dalam media sosial itu.

Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota bakal berlangsung 18 Ogos depan di The Star Theatre, Singapura dengan kapasiti 5,000 penonton.

Minggu lalu, Ella mencipta sejarah selepas tiket konsert Jilid Akhir Puteri Kota 2.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil habis terjual dalam tempoh 24 jam.

Pengiktirafan itu direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai konsert penyanyi tempatan pertama yang meraih pencapaian luar biasa itu.

Kira-kira 20,000 penonton hadir menyaksikan konsert Ella yang berlangsung selama dua malam dengan 36 lagu dibawakan termasuk lagu hits seperti Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Nuri dan Permata Biru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN