PETALING JAYA: Tiga motosikal musnah dalam kebakaran di parkir kenderaan di Blok M15 Jalan Pandan 1, Taman Pandan Jaya, dekat sini hari ini.
Pasukan bomba dan menyelamat menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.26 petang daripada orang awam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, dilaporkan kebakaran melibatkan tiga buah motosikal yang diletakkan di bahagian parkir bangunan rumah flat, terbakar 90 peratus.
“Api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, P,” katanya. – UTUSAN










