Tiada banyak masa hadapi PRN, perlu kerja sungguh-sungguh

PAU: Tiada banyak masa hadapi PRN, perlu kerja sungguh-sungguh

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak mempunyai banyak masa dengan semua pihak perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang dijangka hujung Julai atau awal Ogos ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu dianggarkan mempunyai tempoh maksimum 60 hari sahaja lagi untuk membuat persiapan dan memperkukuh jentera sebelum enam pilihan raya itu.

“Rata-rata enam negeri akan bubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri) pada hujung bulan dan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, ada 60 hari, tetapi SPR takkan sampai ke hujung 60 hari, biasanya akan ada dua minggu lagi.

“Maka, akan ada enam minggu semaksimumnya daripada sekarang (sebelum PRN), jadi kita tidak punya banyak masa. Jika kita letak 24 jam satu hari kita bekerja untuk parti pun, kita tidak banyak masa lagi.

“Ini misi kita untuk mempertahan maruah dan martabat, maka mari kita sama-sama teruskan tekad untuk pastikan kita dapat kemenangan yang boleh kita banggakan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya