PETALING JAYA: Tempoh pengajian daripada empat tahun kepada tiga tahun boleh dilaksanakan terhadap kursus pengajian bukan profesional namun perlu menepati syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sudah pun melaksanakan pemendekan tempoh pengajian kepada penuntutnya dengan menepati syarat MQA. Jelasnya, perkara tersebut boleh dilaksanakan terhadap kursus bukan profesional seperti pengajian sains sosial…










