Tangkap layar perbualan Ebit Lew pengadu didedahkan

Tangkap layar perbualan Ebit Lew-pengadu didedahkan di mahkamah

SAKSI pendakwaan, Latifah Abdul Aziz hadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Tangkap layar perbualan antara pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dan pengadu bermula sejak 4 Mac 2021.

Perkara itu didedahkan menerusi analisis telefon bimbit milik pengadu yang dilakukan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret hari ini.

Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit bertanda NA-1 menunjukkan bahawa perbualan menerusi aplikasi Whatsapp bermula pada 4 Mac 2021.

Itu antara perkara yang dijelaskan oleh saksi berdasarkan 219 gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R yang merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pemeriksaan utama turut meminta penjelasan saksi mengenai tangkap layar yang memaparkan nombor 02:28 am dalam gambar tangkap layar pertama.

Saksi menjelaskan nombor yang tertera merujuk kepada masa mesej berkenaan dihantar kepada penerima (pengadu).

Gambar tangkap layar yang dipaparkan juga menunjukkan terdapat panggilan suara yang tidak dijawab pada dua tarikh berbeza yang dilakukan oleh pengirim mesej (Ebit) kepada penerima (pengadu).

Perbicaraan pada sesi kali ini berlangsung tanpa kehadiran Ebit Lew kerana peguamnya memaklumkan Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak.- utusan

Ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya