Squad 38 jejak golongan kaya culas bayar cukai - Utusan Malaysia

Squad 38 jejak golongan kaya culas bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat drama bersiri Korea Selatan bakal disajikan dengan naskhah mengenai kisah pegawai pengutip cukai yang bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras individu culas yang bakal bersiaran bermula 14 Jun depan, pukul 8 malam, di saluran TV2, RTM.

Drama berjudul Squad 38 sebanyak 16 episod itu merupakan pilihan tepat bagi penonton yang meminati genre jenayah popular yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Naskhah berkisarkan jenayah dan misteri ini mengajak penonton menyaksikan perjuangan wira tak didendang berjuang untuk mengutip cukai daripada pihak yang sepatutnya dan bertanggungjawab membayar cukai, meskipun hakikatnya tugas mengutip cukai akan menjadi lebih mudah apabila mendapat kerjasama daripada pihak terlibat.

Aksi penipuan dalam drama Squad 38 antara helah yang digunakan untuk memungut cukai daripada ahli perniagaan yang kaya-raya dan culas untuk membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Ikuti aksi-aksi mendebarkan dalam drama bersiri yang menampilkan barisan pelakon seperti Ma Dong-seook, Song Ok-sook, Heo Jae-ho, Ko Kyu-pil, Lee Sun-bin, Kim Joo-ri dan Oh Dae-hwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya