Song Ji Hyo fail aduan terhadap CEO Uzurocks

Song Ji Hyo fail aduan, saman terhadap CEO Uzurocks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Song Ji Hyo bersama bekas kakitangan Uzurocks Entertainment memfailkan aduan kepada Kementerian Tenaga Buruh dan Pekerjaan Korea Selatan berhubung salah laku membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut yang dikenali sebagai Mr. A.

Lapor portal AllKpop, sumber mendakwa Mr. A menyalahgunakan sejumlah besar dana syarikat untuk tujuan promosi dan pelaksanaan projek sehingga menjejaskan pembayaran gaji kira-kira 70 kakitangan yang bekerja untuk syarikat berkenaan.

“Ramai kakitangan terjejas, terpaksa meninggalkan syarikat tanpa bayaran gaji. Ada antara mereka yang terus meninggalkan industri (seni) manakala sebahagian yang lain diambil bekerja oleh syarikat lain,” katanya.

Ji Hyo yang mengambil inisiatif membantu membiayai keperluan bekas kakitangan syarikat itu yang berdepan kesukaran gara-gara ketiadaan gaji, juga belum menerima bayaran berjumlah AS$707,324 yang dijanjikan syarikat tersebut kepadanya.

Pelakon drama Emergency Couple itu pada bulan lepas memfailkan saman terhadap Mr. A kerana menamatkan kontraknya tanpa sebarang alasan munasabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN