PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan dicadang mewujudkan sistem pengumpulan data yang merentas kementerian bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti lambakan graduan pelbagai bidang di seluruh negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, kerajaan harus bergerak dalam ruang lingkup lebih luas dalam menyelesaikan data lambakan graduan berbanding menumpukan kepada unjuran dan perkongsian data melibatkan sektor tertentu…










