Shiha Zikir rugi RM20,000, kedai makan dipecah masuk - Utusan Malaysia

Shiha Zikir rugi RM20,000, kedai makan dipecah masuk

SHIHA ZIKIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shi­ha Zikir kerugian hampir RM20,000 apabila kedai makannya, Shiha Zikir Nasi Ayam dipecah masuk seorang individu sekitar pukul 3.30 pagi semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Shiha berkata, kejadian tersebut disedari pekerjanya ketika mahu mula beroperasi sekitar pukul 10 pagi dan mendapati mesin wang sudah hilang.

“Saya terpaksa menutup operasi kedai makan kerana mesin wang telah dicuri dan sistem kewangan perlu diperbaiki se­mula. Itu bakal mengambil masa juga. Kira-kira RM20,000 kerugian saya.

“Nasib kamera litar tertutup (CCTV) telah merakam wajah lelaki tersebut. Saya sudah serahkan rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Saya berharap suspek akan segera ditangkap,” katanya.

Dalam pada itu, biarpun diuji dengan kejadian tersebut, pe­nyanyi itu tetap melihat ia sebagai satu perkara positif untuk dia dan pasukan meningkatkan kawalan keselamatan di kedai tersebut.

“Saya ini bukan jenis yang gelabah. Saya cuba bertenang walaupun kerugian yang dialami bukan kecil. Tetapi saya anggap ini satu pengalaman untuk kita meningkat sistem ke­selamatan yang ada.

“Ini kali pertama saya melibatkan diri dalam perniagaan kedai makan dan tidak sangka, akan menjadi mangsa pecah masuk. Saya reda tetapi dalam pada masa yang sama, akan tetap mengambil tindakan undang-undang.

“Saya juga bersyukur, tiada kakitangan yang ada ketika kejadian berlaku. Sekurang-ku­rangnya tiada yang tercede­ra,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN