Selangor bina kuarters tempatkan 5,712 pekerja - Utusan Malaysia

Selangor bina kuarters tempatkan 5,712 pekerja

CLQ
AMIRUDIN Shari mendengar penerangan daripada Mahmud Abbas (kanan) ketika menyaksikan model binaan CLQ Bandar Sultan Suleiman di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 336 unit rumah bagi menempatkan sehingga 5,712 orang pekerja dibina kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Bandar Sultan Suleiman.

Projek Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) yang dibina atas tanah berkeluasan 1.7 hektar di kawasan perindustrian tersebut dijadualkan mula dibina seawal akhir tahun ini dan dijangka siap pada 2028.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan CLQ pertama oleh kerajaan negeri itu mengambil model daripada pelaksanaan penempatan pekerja di Balakong, Bangi dan Petaling Jaya serta negara lain seperti Dubai di Qatar dan Singapura.

“Kali ini kita melihat good practice kepada peraturan yang ada dan semuanya (penempatan) kita masih boleh buat walaupun satu-satu unit perumahan itu akan menempatkan lebih daripada 10 orang.

“Ini adalah berdasarkan peraturan dan regulation yang kita buat, keluasan (rumah) lebih 1,200 kaki persegi itu akan melibatkan dengan pengudaraan dan kemudahan baik serta strategiknya mereka juga disediakan dapur di kediaman masing-masing,” katanya selepas melancarkan Projek Pembangunan Lestari CLQ PKNS, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyaksikan tanda tangan memorandum bagi pembinaan CLQ bernilai RM120 juta itu yang melibatkan PKNS, PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. dan Inter Great Sdn. Bhd.

Beliau menambah, kemasukan pekerja ke kuarters berkenaan akan melibatkan urusan dengan pengusaha-pengusaha kilang serta permintaan daripada individu, namun pada peringkat awal keutamaan diberikan kepada majikan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas memaklumkan seunit rumah akan menempatkan sehingga 17 orang pekerja dalam satu-satu masa dan caj sewaan dikenakan kepada mereka sebanyak RM350 sebulan.

“Demi mengutamakan kebajikan pekerja migran ini, kesemua unit CLQ akan disewakan dengan anggaran yuran bulanan berjumlah RM350 seorang. Pendekatan sewaan ini sejajar dengan komitmen PKNS terhadap strategi jangka panjang untuk memastikan kelestarian kuarters itu.

“Jelasnya, pembinaan CLQ selaras dengan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, malah PKNS maju selangkah ke depan dengan mematuhi standard daripada Organisasi Pekerjaan Antarabangsa (ILO),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya