Sebarang tuntutan terhadap Sabah termasuk oleh Sulu

Sebarang tuntutan terhadap Sabah perlu ditamatkan sepenuhnya-Hajiji

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang dituntut kumpulan didakwa waris Sultan Sulu seiring dengan pendirian kerajaan negeri bahawa tuntutan terhadap Sabah itu tidak mempunyai merit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau berharap kerajaan Malaysia akan mengambil langkah sepatutnya bagi menamatkan sebarang bentuk tuntutan terhadap Sabah.

Beliau berkata, kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan Paris itu akan mengukuhkan lagi kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Katanya, rakyat Sabah telah memutuskan untuk menyertai Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) maka, sebarang tuntutan daripada pihak luar terhadap Sabah tidak akan diiktiraf.

“Kerajaan negeri Sabah menyambut baik keputusan ini dan berharap kerajaan Malaysia akan mengambil langkah sepatutnya bagi menamatkan sebarang bentuk tuntutan terhadap Sabah.

“Negeri Sabah menerusi Pejabat Peguam Besar Negeri akan terus memainkan peranan untuk bekerjasama dengan Peguam Negara di peringkat persekutuan bagi mengendalikan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 5 Mei 2020.

Stampa kemudiannya memfailkan tuntutan itu di Paris selepas Mahkamah Sepanyol membatalkan pelantikannya sebagai penimbang tara pada Jun 2021.

Keputusan Mahkamah Rayuan Paris itu sekali gus akan membatalkan ‘Final Award’ berjumlah hampir AS$15 bilion (RM69 bilion) yang diputuskan oleh Stampa untuk diberikan kepada pihak penuntut.

Kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka membawa perkara itu kepada timbang tara Sepanyol pada 2019 dan kemudiannya penimbang tara Stampa yang dilantik kumpulan individu berkenaan, membuat keputusan memihak kepada mereka (penuntut).-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya