PUTRAJAYA: Seorang bekas penuntut kolej di Bukit Kayu Hitam, Kedah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan semalam selepas menjalani hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam tandas kolej itu, enam tahun lalu. Nur Izzati Adi, 26, terlepas hukuman mati setelah pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan oleh perayu agar pertuduhan yang membawa hukuman yang lebih rendah dikenakan terhadapnya. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail membebaskan wanita itu serta merta selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan cadangan bahawa hukuman yang sesuai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya