KUALA LUMPUR: Pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, 69, kecewa dengan dakwaan pihak-pihak tertentu yang menuduh beliau menggunakan ‘pelaris’ untuk menjual filem dan drama terbitan syarikatnya, Skop Production Sdn. Bhd. Kata Yusof, dia tidak akan sesekali melakukan perkara terkutuk ini dan hanya menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT. “Orang tuduh saya guna ‘pemakai’ dan macam-macam lagi. Malah ada juga yang minta saya kongsikan ‘amalan’ untuk melariskan filem mereka. “Saya tegaskan tidak…










