Saya suka orang panggil Kit sahaja - Kit Siang

Saya suka orang panggil Kit sahaja – Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun Lim Kit Siang sudah layak dipanggil Tan Sri selepas menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), namun pemimpin veteran DAP itu lebih suka dipanggil dengan nama ‘Kit’.

“Terima kasih semua atas ucapan tahniah. Saya masih lebih suka semua orang memanggil saya Kit sahaja,” tulis beliau dengan ringkas dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Kit Siang merupakan antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri.

PSM merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Tan Sri manakala isteri penerima bergelar Puan Sri. 

Darjah kebesaran itu mempunyai had keanggotaan seramai 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Selain bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima darjah itu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Semalam, berita Kit Siang bakal menerima darjah itu hangat diperkatakan setelah tular sekeping gambar beliau menghadiri raptai majlis penganugerahan.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan bekas Menteri Luar, Senator Datuk Seri Anifah Aman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya