Saya harap Muhyiddin hadir dengar penjelasan saya esok - Anwar

Perjanjian sempadan maritim: Saya harap Muhyiddin hadir dengar penjelasan saya esok – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Parlimen esok bagi mendengar penjelasannya berhubung perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatangani baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, gesaan Muhyiddin untuk mendengar penjelasan mengenai perjanjian itu akan dijawab esok pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) dalam persidangan Dewan Rakyat.

“Saya akan jawab dan biar dia (Muhyiddin) ada di situ untuk hujah. Esok saya ingat pada sesi PMQ dan harap dia hadir,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

MUHYIDDIN YASSIN

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menggesa Anwar membuat penjelasan perjanjian itu yang ditandangani ketika lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia, Khamis lalu.

Gesaan itu dibuat susulan Perdana Menteri didakwa tidak mengendahkan pandangan pakar maritim yang menasihatkan supaya beliau tidak menandatangani perjanjian berkenaan.

Anwar dan Jokowi menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, Khamis lalu.

Antara instrumen itu adalah ialah Perjanjian Lintas Sempadan; keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, walaupun membabitkan negara jiran dan sahabat, namun hak dan kedaulatan negara perlu dipertahankan.

“Di peringkat antarabangsa, walaupun jiran dan sahabat, kita mesti pertahankan hak dan kedaulatan kita sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya