Trump hubungi Thailand, Kemboja bagi pulihkan rundingan damai - Utusan Malaysia

Trump hubungi Thailand, Kemboja bagi pulihkan rundingan damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghubungi Thailand dan Kemboja pada Jumaat lalu bagi memperkukuh perjanjian damai, susulan tercetusnya pertempuran baharu antara kedua-dua negara jiran itu.

Trump menandatangani gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja pada 26 Oktober lalu ketika lawatannya ke Asia.

Bagaimanapun, Thailand menggantung perjanjian itu pada Isnin selepas berlaku letupan periuk api yang didakwa diletakkan oleh tentera Kemboja, manakala kedua-dua pihak saling menuduh terlibat dalam pertempuran baharu pada Rabu, yang menyaksikan seorang awam terbunuh di Phnom Penh.

Berucap kepada pemberita di Air Force One ketika dalam penerbangan ke Florida, Trump berkata beliau telah bercakap dengan pemimpin kedua-dua negara.

“Saya hentikan perang hanya hari ini melalui penggunaan tarif, ancaman tarir.

“Mereka sedang selesaikan masalah yang timbul. Saya rasa mereka akan baik-baik sahaja,” kata Trump.

Rumah Putih memaklumkan beliau turut menghubungi Malaysia yang bertindak sebagai perantara dalam usaha mengakhiri konflik berkenaan. Trump menandatangani perjanjian damai itu di Kuala Lumpur.

Sengketa antara Thailand dan Kemboja berpunca daripada pertikaian sempadan berusia lebih satu abad yang dipetakan semasa pemerintahan kolonial Perancis di rantau itu, dengan kedua-dua pihak menuntut beberapa kuil di kawasan sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×