Salah faham status hubungan punca pemain bola serang kekasih

Salah faham status hubungan punca pemain bola serang kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Punca bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didakwa menyerang kekasihnya dipercayai akibat perselisihan berkaitan status hubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang juga pemain sebuah pasukan Liga Super itu memberi kerjasama yang baik kepada polis untuk membantu siasatan.

“Motif dipercayai disebabkan salah faham berkaitan hubungan antara kedua-dua suspek.

“Polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan masih tunggu laporan perubatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Media semalam melaporkan, bekas pemain bola sepak kebangsaan itu ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel.

Pemain bola sepak itu dikatakan mahu bertunang dan ia dipercayai menjadi punca pergaduhan sehingga menyebabkan suspek bertindak mencederakan kekasihnya.

Difahamkan, kekasih pemain bola sepak terbabit yang juga seorang doktor berjumpa lelaki berkenaan sebaik sahaja mengetahui perkara itu sebelum berlaku pertengkaran.

Wanita terbabit dikatakan cuba memujuk pemain bola sepak itu namun lelaki itu didakwa bertindak kasar dengan dengan memukul, mencekik dan menggigit lengan sebelum mencampaknya ke lantai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya