Rakyat Malaysia antara mangsa tipu kerja semasa serbuan POGO

Rakyat Malaysia antara mangsa penipuan kerja semasa serbuan POGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia antara 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah yang diselamatkan semasa operasi serbuan ke atas Pengendali permainan luar pesisir Filipina atau POGO oleh Polis Filipina. 

Menurut Kementerian Luar Negeri, kementeriannya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengenal pasti dan mengesahkan status 134 mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia dalam serbuan itu. 

“Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan telah berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket jenayah tersebut yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara termasuk Malaysia. 

“Mangsa-mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Wisma Putra, sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN