PUSAT Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Jerantut melakukan pembenihan sebanyak 200,000 ekor (benih) ikan patin untuk bantuan kepada kira-kira 2,000 orang penternak ikan sangkar berdaftar sungai utama di Pahang di pusat tersebut baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Perikanan Pahang yang juga Ketua Cawangan Akuakultur negeri, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, pembenihan ikan di PPA tersebut antara yang terbanyak berikutan berlaku kekurangan benih ikan patin di negeri ini.
“Jabatan Perikanan negeri juga mendapat bekalan tambahan kira-kira 400,000 ekor benih ikan patin di PPA Bukit Tinggi, Bentong dan PPA Tapah, Perak untuk bekalan kepada penternak ikan sangkar bagi pengeluaran serta pasaran hingga akhir tahun ini,” katanya di Perlok, Jerantut baru-baru ini.-utusan










