Potong subsidi T20: Pakar berbeza pendapat - Utusan Malaysia

Potong subsidi T20: Pakar berbeza pendapat

KERAJAAN dilaporkan menarik balik subsidi yang diberikan terhadap golongan tersebut antaranya subsidi Haji dan tarif penggunaan elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar ekonomi berbeza pendapat berhubung kewajaran kerajaan menarik semula subsidi pada masa sama meningkatkan cukai dikenakan terhadap golo­ngan T20 di negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, jika bandingkan dengan negara lain, golongan T20 tidak menerima subsidi daripada kerajaan bahkan dikenakan cukai pendapatan individu tahunan yang tinggi terutamanya di Eropah.

“Di Malaysia kadar ter­tinggi adalah 30 peratus iaitu lebih rendah daripada kadar cukai dikenakan Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam, masing-ma­sing 35 peratus. Wajar T20 tidak menerima subsidi kerana kadar cukai dikenakan rendah,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar ini bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai tertinggi dalam sejarah pada tahun lalu iaitu sebanyak RM175 bilion, sekali gus menjadi pertanda kadar pematuhan cukai dalam kalangan rakyat bertambah baik.

Jelasnya, T20 adalah golongan yang paling cepat pulih dari segi ekonomi terutama selepas pandemik Covid-19.

Berbeza pandangan, Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, kerajaan perlu menghargai sumbangan T20 dalam pemulihan ekonomi negara selain turut terkesan dengan pelbagai impak ekonomi.

Jelasnya, kepatuhan T20 tidak mengelak membayar cukai adalah baik, justeru kerajaan perlu berhati-hati membuat keputusan sehingga memberi kesan terhadap pendapatan golongan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.