Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang

S. TANUSHA, 18, dilaporkan hilang sejak 2 Jun lalu. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lalu.

Kehilangan remaja dikenali sebagai S. Tanusha itu disedari selepas dia tidak pulang ke rumah di Persiaran Klebang Selatan, Taman Bertuah di sini.

Difahamkan, kali terakhir remaja itu berhubung dengan kakaknya pada 1 Jun lalu melalui aplikasi WhatsApp di mana dia memberitahu mahu ‘hidup bebas’.

Usaha dilakukan keluarga remaja itu bagi mengesannya namun gagal malah dia juga tidak pulang ke rumah hingga kini.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat kakaknya di Balai Polis Kampung Tawas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul.Rashid di talian 013-7312477.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN