PM mahu peranan Jakim diperkasa - Utusan Malaysia

PM mahu peranan Jakim diperkasa

ANWAR Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvesnyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang malam ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diperkasakan bagi memantapkan penyelarasan pentadbiran institusi keagamaan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen Kerajaan Madani dalam memperhebatkan Islam jelas menerusi penambahan peruntukan kepada Jakim bagi memastikan agensi itu berfungsi dengan lebih baik.

Menurut beliau, sebelum ini, termasuk beberapa tahun yang lalu dalam kerajaan terdahulu, fungsi Jakim ialah melaksanakan program dakwah, latihan bersama kerajaan negeri termasuk menganjurkan tilawah.

“Tetapi dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan Madani dalam melakukan reform (perubahan) institusi-institusi kerajaan dan negara, dilihat Jakim kurang berperanan.

“Saya telah mengarahkan peranan Mufti, ulama dan tokoh di Jakim supaya input mereka selari dengan perkembangan semasa sekali gus dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat, harakat serta darjat negara kita,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvesnyen PICCA @ Arena Butterworth, di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak umat Islam untuk memanfaatkan mukjizat al-Quran dengan membicarakan soal kemampanan dan sistem nilai yang dianjurkan tanpa mempertahankan sesuatu yang bertentangan.

Beliau berkata, wujud sanggahan oleh individu tertentu terhadap insiatif kerajaan termasuk Belanjawan Madani dengan membuat rujukan kepada ayat al-Quran secara tidak tepat.

Katanya, tindakan meperkudakan al-Quran untuk mengeluarkan hujah merosakkan kemurnian kitab suci itu yang telah dipertahankan para ulama selama lebih 1,000 tahun.

“Sebab itu saya membicarakan soal wacana yang ada dalam al-Quran itu dalam menjawab tohmahan dengan hujah yang kuat.

“Ini dilakukan dengan mencabar orang yang membawa idea-idea menyanggah kitab suci itu untuk memastikan kita melakar ataupun menzahirkan sesuatu yang baik.

“Maka, dalam negara kita, dalam hal-hal yang sedemikian sepatutnya kita pertahankan akhlak dan nilai termasuk dalam keadaan kita berbeza pandangan,” katanya.

MTHQK  anjuran JAKIM bakal berlangsung selama enam hari bermula hari ini hingga Jumaat ini dengan melibatkan penyertaan seramai 108 peserta daripada seluruh negeri yang berusia antara 10 hingga 25 tahun.

Secara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan peserta iaitu dua peserta dalam pertandingan tilawah al-Quran manakala enam peserta bagi pertandingan hafazan al-Quran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya