Polis Evo 3: RM50 juta selepas 24 hari tayangan - Utusan Malaysia

Polis Evo 3: RM50 juta selepas 24 hari tayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Evo 3 menjadi filem aksi komedi dengan kutipan tertinggi di Malaysia apabila meraih RM50 juta selepas 24 hari tayangan.

Walaupun banyak filem Hollywood dengan francais besar memasuki panggung untuk minggu keempat, namun Polis Evo 3 tetap mendapat tempat di hati penonton termasuklah di Brunei dan Singapura.

“Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta para penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton di luar sana telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan.

“Terima kasih kepada pihak pawagam yang masih menyokong Polis Evo 3 dengan memberikan jumlah tayangan yang masih tinggi meskipun sudah memasuki minggu keempat tayangan,” kata Penerbit Eksekutif Polis Evo 3, Raja Jastina Raja Arshad.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya