Memang agak mengecewakan bagi kebanyakan pesawah ketika ini apabila kadar potongan padi atau potongan basah yang dikenakan oleh pihak kilang bertambah kira-kira enam peratus lagi.
Selama ini mereka dikenakan kadar potongan antara 18 hingga 24 peratus mengikut kawasan dan penilaian pemilik kilang terhadap kualiti padi yang dihantar oleh pesawah.
Kalau 1,000 kilogram yang dibawa oleh petani, kadangkala 200 kilogram daripadanya tidak dikira oleh pemilik kilang kerana kualiti padi yang dianggap rendah.
Kenaikan kadar potongan itu berlaku selepas sebahagian besar petani khususnya dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berhadapan kelewatan menerima baja yang menjejaskan pengeluaran dan kualiti padi.
Itu belum lagi peningkatan kos pengangkutan, mesin bajak dan tuai, benih, baja serta racun rumpai.
Kesemua masalah itu menyebabkan ada petani di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam yang meluahkan rasa kecewa dan ikutkan hati mereka mahu sahaja meninggalkan tanaman itu dan tanahnya dijual kepada pihak lain.
Langkah itu lebih menguntungkan daripada bekerja keras mengusahakan tanaman padi yang cabarannya begitu besar. Lagi banyak ditanam, lagi banyak kosnya.
Mereka menanam padi hanya kerana meneruskan warisan ibu bapa. Jika mereka tidak mengusahakannya, ia tidak pelik kerana ramai anak-anak pak tani yang kini sudah berjaya dan mempunyai kerjaya sendiri.
Malaysia boleh sahaja mengimport beras dan pernah menyasarkan kira-kira 60 peratus pengeluaran padi tempatan dan bakinya dibawa masuk dari negara lain.
Tugas itu boleh dilaksanakan dengan mudah kerana banyak negara pengeluar beras sedia menjualnya mereka kepada negara ini. Malah jumlah itu boleh ditambah lagi sekiranya pengeluaran beras tempatan terjejas.
Tetapi kebergantungan kepada negara asing ada risikonya terutama jika mereka mengubah dasar eksport seperti menghadkan penjualan beras kepada negara lain.
Keadaan itu boleh berlaku jika negara terlibat berhadapan cuaca buruk, bencana dan konflik sehingga menjejaskan pengeluaran dan mengganggu rantaian bekalan beras mereka.
Sudah tentu keutamaan mereka adalah keperluan penduduk tempatan. Sama seperti Malaysia, beras adalah makanan ruji dan menjadi sumber makanan utama mereka.
Malah pelbagai konflik dunia yang berlaku ketika ini juga boleh menjejaskan pembelian beras import apabila kos logistik meningkat dengan ketara. Perang Iran-Amerika Syarikat dan Israel misalnya telah menyebabkan harga minyak dunia melambung tinggi sekali gus kos penghantaran juga menjadi lebih mahal.
Sebab itulah, selagi soal keterjaminan makanan terus menjadi isu yang tidak boleh diselesaikan, negara tidak ada pilihan selain industri beras tempatan perlu terus diperkukuhkan. Dan yang lebih penting kebajikan pesawah perlu terus dijaga dan inovasi pertanian mesti ditingkatkan agar tanaman padi terus relevan.
Langkah itu penting agar mereka yang menjadi penyambung legasi penanaman padi terus kekal mengusahakan tanaman tersebut.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Kos meningkat, petani terus terjerat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved