Petisyen Parlimen Marang: UMNO kemuka rayuan - Utusan Malaysia

Petisyen Parlimen Marang: UMNO kemuka rayuan

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan rayuan dikemukakan selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, rayuan akan difail di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat berhubung ­keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani.

“Semua hujah pasukan peguam kami bagi kes Parlimen Marang ditolak sedangkan saya berpendapat kes (bukti) bagi kerusi itu lebih kukuh berbanding Parlimen Kuala Terengganu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu peguam Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, pihaknya berjaya membuktikan ele­men rasuah berhu­bung pemberian dana i-Siswa dan i-Belia daripada Pas.

Menurut beliau, mes­kipun ia program rasmi kerajaan negeri yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pemberian itu adalah rasuah jika dibuat dalam tempoh berkempen.

“Ini selari dengan peruntukan undang-undang pilihan raya dan hakim juga mendapati memberi (dana) kepada pengundi dengan niat meraih undi,” jelas beliau.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Pas hilang satu kerusi Parlimen selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemena­ngan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN