KUBANG PASU: Hampir 20 pesawah yang mengusahakan kira-kira 12 hektar bendang di Kampung Lembah dan Kampung Tebing di Napoh kecewa berikutan ketiadaan sumber air mencukupi untuk mereka mengusahakan tanaman padi sejak beberapa bulan lalu. Menurut seorang petani, Roslan Kasim, 61, rata-rata mereka sudah ketinggalan dua bulan daripada jadual asal penanaman padi akibat masalah itu. Dakwanya, masalah itu berpunca daripada kegagalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelenggara kawasan saliran dari kawasan tali air berhampiran. “Sebelum ini saliran tersebut diselenggara setahun sekali tetapi pada tahun ini, kerja penyelenggaraan tidak berjalan menyebabkan saliran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya