PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperluaskan lebih banyak pelaksanaan sistem klinik maya sebagai usaha mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan terutama bagi kes-kes bukan kecemasan. Pesakit yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut ialah mereka yang mempunyai rekod rawatan sedia ada dengan hospital dan bukannya pesakit baharu. Ini termasuk pesakit yang menunggu semakan keputusan makmal selain penjagaan pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau penyakit kronik lain yang stabil…










