Perdana Menteri dijangka hadir sambutan Gawai di Kuching esok

Perdana Menteri dijangka hadir sambutan majlis perayaan Gawai Dayak di Kuching esok

PUSAT Konvensyen Borneo Kuching
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan sambutan perayaan Gawai Dayak di Sarawak pada malam esok.

Beliau dijadualkan tiba di Kuching pada pukul 4.30 petang menaiki pesawat khas yang berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menurut penyelaras program Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak Tahun 2023, sambutan tersebut dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada esok jam 7 malam.

Turut hadir bagi sambutan perayaan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu nanti, Anwar turut dijangka memberi ucapan perasmian serta diwarnai gimik perasmian perayaan tersebut (Gawai Toast) dan peragaan Kuamang dan Keling Gawai.

Sejurus menghadiri majlis perayaan sambutan Gawai Dayak tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka terus bertolak pulang ke ibu negara pada malam tersebut. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya