Penurunan defisit tidak harus terlalu mendadak - Anwar Ibrahim

PARLIMEN: Penurunan defisit tidak harus terlalu mendadak – Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penurunan defisit tidak harus terlalu mendadak dan mesti diturunkan ke paras yang boleh diterima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penurunan kadar defisit fiskal yang terlalu mendadak akan menjejaskan ekonomi terutamanya projek-projek pembangunan negara khususnya pendidikan, kesihatan dan prasarana desa. 

“Kebijakan ekonomi dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga akan menentukan kekuatan ringgit tetapi kita juga fikir kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang terlalu pantas ada kesan negatif terhadap peniaga-peniaga.

“Setakat ini, kerajaan dan BNM lebih teliti dan berhemah dalam menaikkan kadar faedah dan perlu ada perimbangan dalam pendekatan yang harus dilakukan,” katanya semasa Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr. Radzi Jidin [PN-Putrajaya] mengenai kesan kemerosotan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara dan pendekatan yang akan diguna untuk mengukuhkan mata wang negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kejatuhan kadar pertukaran ringgit yang dialami pada tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS). 

“Sejak 31 Disember 2022, berbanding dolar AS, ringgit menyusut 3.8 peratus, yen Jepun merosot lebih enam peratus sementara dolar Australia, won Korea dan yuan China menyusut sekitar tiga peratus,” katanya. 

Selain itu, katanya, kenaikan kadar faedah oleh bank Pusat sejak Januari 2022 ialah 125 mata asas bagi ringgit, 380 mata asas (Singapura), 225 mata asas (Indonesia) dan 500 mata asas (AS).

“Singapura naikkan tinggi (kadar faedah) jadi kekuatan mata wang negara itu lebih ampuh,” katanya.

Dalam perkembangan, Anwar berkata, kadar OPR diputuskan sepenuhnya oleh BNM sejak pemerintahan kerajaan sebelum ini kerana ia adalah undang-undang yang dibuat terdahulu.

Setakat ini, katanya, Kerajaan Perpaduan, baru sekali sahaja menaikkan OPR berbanding tahun lalu.

“Oleh itu, saya mengesa supaya BNM meneliti bukan sahaja isu monetari tetapi juga dasar fiskal serta keyakinan secara keseluruhannya.

“Yang berlaku sekarang ialah keyakinan pelabur dari sudut pelaburan suku tahun pertama menunjukkan pertumbuhan ekonomi itu meyakinkan dan kedudukan nilai ringgit masih terikat dengan kekuatan dolar AS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya